Saturday, June 21, 2008

AKU III

AKU III

Aku dalam igauan masa lalu
hapuskan igauan itu dariku
matikan saja gelap itu
akanku hapuskan dari sisiku
dalam nuansa diri.

Aku menemui dua persimpangan
dari jalan lurus yang kutempuhi
antara dua persimpangan
yang membawa cahaya dan kegelapan
pada jalan yang tak ada hujung.

Dosa hari ini, semalam
akan di hapus
oleh keinsyafan pada ilahi
kepada ilahi sahaja aku mengharap.
kepada manusia aku terus memohon kemaafan.

Aku mendengar
aku melihat
aku merasa
akan ada sinar baru
dalam diriku
kanaku temukan sebuah erti
Dari kehidupan ini
pada jalan yang tak ada hujung
hujungnya itu di syurga ilahi
yang kekal selamanya
InsyALLAH dengan rahmat-Nya.

Ahmad Aspari 73277 UUM, Sintok 22/08/2007